Untuk sambutan ke-50 majalah muzik Rolling Stone, Levi’s menghasilkan satu koleksi khas untuk majalah ini. Jaket dan seluar jeans Levi’s memang tidak dapat dipisahkan dengan majalah ini kerana jenama Levi’s sentiasa menjadi pilihan pemuzik untuk digayakan dalam majalah ini.

Sebagai info tambahan Rolling Stone dan kumpulan lagenda Rolling Stones tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. Dalam koleksi ini, jaket potongan Trucker 505 Type III dipilih dihiasi logo besar Rolling Stone di belakang, beberapa pilihan tshirt dan pin untuk hiaskan lagi jaket anda.

Kalau anda peminat tegar Levi’s, ianya kini boleh dibeli secara online di sini. Edisi khas begini memang jarang-jarang hadir dan semestinya berbaloi untuk disimpan sebagai koleksi.