Jenama denim terkenal, Levi Strauss & Co baru ini telah memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Kenzo. Levi’s menuduh Kenzo melanggar tanda dagang untuk meletakkan tab di poket belakang seluar denim mereka, termasuk dalam koleksi terbaru Kenzo dengan Britney Spears.

Levi’s berpendapat penggunaan tab di poket belakang denim Kenzo boleh mengelirukan pembeli dan menyebabkan kerugian kepada jenama berkenaan. Sejak tahun 1936, Levi Strauss telah menggunakan tab merah pada poket yang memaparkan nama syarikat pada semua produk denimnya.

Namun Kenzo masih tidak menjawab tentang tuntutan ini dan tidak mengendahkan beberapa permintaan untuk hentikan jualan dan menarik balik koleksi yang dimaksudkan Levi’s ini.

Kes saman Levi’s ini adalah antara tindakan undang-undang di dunia fesyen yang sedang panas ketika ini. Minggu lepas, jenama terkenal Off-White™ telah memfailkan tuntutan berjuta-juta dolar terhadap peniaga barang palsu dan terbaru, Hedi Slimane telah menerima $ 11.5 juta (RM44.4 juta) dalam kes mahkamahnya terhadap jenama Saint Laurent.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group