Lewis Hamilton bukan hanya seorang pemandu kereta F1 tetapi turut juga mempunyai minat besar kepada kenderaan dua roda. Ini merupakan kerjasama kali kedua antara Hamilton dan Agusta dan model F4 LH44 ini terhad kepada 44 unit sahaja.

https://twitter.com/LewisHamilton/status/913374256406384640

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model edisi khas F4 LH44 ini dibina daripada rangka yang sama dengan model MV Agusta F4 RC dan diberi perincian baharu mengikut selera Lewis Hamilton. Kenderaan dengan kuasa 212hp ini menggunakan race kit Reparto Corsa yang lebih ringan, warna merah epal edisi khas, nombor perlumbaan Lewis Hamilton (44), tayar Pirelli Diablo Suprcorsa sistem ekzos khas serta seat khas yang diperbuat daripada kulit alcantara.

Dengan hanya 44 unit dihasilkan, model ini pastinya tersangat rare. Tiada harga dikeluarkan ketika ini tetapi ianya dijangka akan dijual sekitar 50,000 Euro (lebih kurang RM248 ribu). Kalau ada duit lebih, boleh beli dan buat tunggangan di litar Sepang.

mv2

mv3

mv4

mv5

mv7

mv6