Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada malam hari Ahad lalu, peminat-peminat Formula 1 cukup berasa hangat dengan persaingan sengit di antara Lewis Hamilton mewakili pasukan Mercedes dan Max Verstappen daripada Red Bull Racing untuk menjadi juara keseluruhan untuk musim kali ini.

Walaupun Lewis Hamilton tewas, juara Formula Satu tujuh kali Britain itu telah menerima gelaran kesatria atas perkhidmatan sukan permotoran pada hari Rabu baru-baru ini.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Beliau yang baru berusia 36 tahun itu telah dinobatkan sebagai Kesatria yang membawa gelaran ‘Sir’ oleh Putera Charles dalam satu majlis di Istana Windsor, di luar London.

Lewis Hamilton merupakan satu-satunya penerima anugerah itu yang masih aktif berlumba dan merupakan penerima anugerah yang keempat selain beberapa pelumba terkenal Jack Brabham, Stirling Moss dan Jackie Stewart.

*Ikuti perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara melalui laman Facebook terbaharu kami, Vocket Car Club.

Pada bulan Ogos lalu, perlumbaan Formula 1 terpaksa disingkatkan bagi keselamatan semua pihak oleh kerana hujan lebat. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Gara-Gara Hujan Lebat, Grand Prix Belgian Jadi Antara Perlumbaan Paling Singkat Dalam Sejarah F1

Bos Formula 1 Red Bull Mahu Pelumba Sengaja ‘Dijangkiti’ COVID-19 Supaya Lebih Bersedia