Lewis Hamilton bertindak ‘unfollow’ semua orang di Instagram berikutan kekalahannya di Formula 1.

Pemandu itu tewas dalam perang merebut gelaran dunia tahun ini dengan pesaing terdekatnya Max Verstappen, yang menewaskan pelumba Britain pada pusingan akhir perlumbaan terakhir musim ini bagi merebut kemenangan.

Dalam perlumbaan penuh kontroversi minggu lalu, Hamilton menuduh dia telah dimanipulasi oleh pihak Formula 1. Dalam salah satu rakaman radio yang dikeluarkan selepas perlumbaan, Hamilton kedengaran mengadu kepada pasukannya Mercedes bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada perlumbaan terakhir di Grad Prix Abu Dhabi.

Kini, bintang Formula 1 berumur 36 tahun itu telah itu telah menghapuskan semua pengikut Instagram miliknya. Menurut laporan, dia kini secara ‘misteri’ telah ‘unfollow’ semua orang di Instagram. Sehingga kini media Britain berspekulasi bahawa Hamilton kecewa dengan kekalahan yang diterima olehnya.

Selain itu, Hamilton juga difahamkan tidak hadir ke malam gala Formula 1 yang berlangsung setiap hujung musim. Acara yang diadakan di Paris menyaksikan  Hamilton dan ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff seolah memboikot dan masih tidak berpuas hati dengan kekalahan yang dialami oleh mereka.

Lewis Hamilton jadi pemandu Formula One keempat terima anugerah kesatria. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Lewis Hamilton Jadi Pemandu Formula One Keempat Terima Anugerah Kesatria

Lewis Hamilton Dan MV Agusta Hasilkan Model Edisi Khas ‘F4 LH44’