Selepas beberapa teaser dikeluarkan sebelum ini, Lexus secara rasminya telah memperkenalkan hoverboard ciptaan mereka. Dubbed SLIDE, sebuah projek yang memperlihatkan pembuat kereta Jepun itu meneroka teknologi baru dalam pergerakan.

SLIDE yang asasnya dibina dengan teras bertebat, berfungsi pada suhu yang tinggi disekeliling binaan superconducting dan disejukkan dengan cecair nitrogen pada suhu -197°C. Dengan meletakkan papan (board) diatas magnet dan membentuk medan magnetik, pasukan design berjaya membuatkannya terapung pada suhu operasi.

Dari segi estetik, board tersebut mengambil rekaan skate deck dan digabungkan dengan gaya rekaan Lexus, seterusnya menghasilkan hoverboard yang seimbang dengan penggunaan casing yang ringan dan kemasan carbon fiber.

Anda boleh saksikan board tersebut beraksi di bawah dan details tentang proses mereka bentuk SLIDE. Memang awesome!

https://www.youtube.com/watch?v=ZwSwZ2Y0Ops

https://www.youtube.com/watch?v=q_BYvUlDviM

https://www.youtube.com/watch?v=rn5kQCg7yyo

https://www.youtube.com/watch?v=ee7HhUc3XEM

https://www.youtube.com/watch?v=y_5NuNZPI9Y

https://www.youtube.com/watch?v=edwpKJ1W600

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram