Jika pada tahun lalu LG berjaya mengumumkan penawaran model TV 77-inci dengan resolusi 4K, LG Display pada tahun ini terus komited untuk meneruskan kejayaan tahun lalu dengan penawaran TV 88-inci beserta resolusi 8K pertama di dunia.

Berdasarkan laporan, TV terbaru daripada LG ini bakal mula dipamerkan pada CES 2018 pada 7 Januari ini di Las Vegas. Kejayaan untuk menghasilkan TV gergasi dengan resolusi tertinggi ini sekaligus membuktikan mereka bersedia untuk menjadi pengeluar skrin OLED terbaik.

BN-PC786_lgdisp_J_20160726210123

Tidak hairanlah terdapat ura-ura dimana Apple mungkin akan beralih arah mendapatkan paparan daripada Samsung kepada jenama LG bagi model terbaru Apple iPhone.

Menyoal dari segi harga, LG setakat ini masih lagi belum mengumumkan harga yang bagi TV terbaru terbaru mereka. Dalam pada itu, model TV 77-inci yang dilancarkan tahun lalu kini mula ditawarkan dengan harga $20,000 (~RM80,510.00).

Kami menjangkakan TV LG dengan skrin 88-inci ini mungkin ditawarkan dengan harga mencecah enam angka apabila mula sampai di Malaysia nanti.

 

Sumber