Sebelum kita menerima khabar berita tentang telefon pintar flagship dari LG iaitu LG G5, pihak LG telah mengumumkan dua telefon pintar terbaharu mereka dibawah siri ‘Specialist S’ yang diberikan nama LG X Cam dan LG X Screen.

lg

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kedua-duanya merupakan telefon pintar kategori mid-range dan mempunyai spesifikasi yang agak hebat yang bakal hadir dengan sistem operasi Android Marshmallow 6.0, Quad-core CPU, RAM 2GB serta storan bersaiz 16GB.

Selain spesifikasi yang hebat, LG X Cam dan LG X Screen bakal hadir dengan fungsi tersendiri dan ia akan dijual dengan harga yang tidak terlalu mahal.

LG X Cam lebih memfokuskan kelebihannya di bahagian kamera dengan 13 megapixel di bahagian belakang dan 5 megapixel di bahagian hadapan.

LG X Screen pula bakal hadir dengan skrin yang mempunyai ciri-ciri seperti LG V10 dimana telefon pintar ini bakal mempunyai 2 skrin. Skrin kecil bersaiz 1.76 inci ini bakal memberi info tentang notifikasi, jangka hayat bateri dan lain-lain lagi.

Kemungkinan dua telefon pintar ini akan dipamerkan di MWC 2016 ini di Barcelona. Jangkaan kami, jika LG berjaya jual pada harga yang berpatutan, tidak mustahil dua telefon pintar ini bakal memberi saingan yang hebat buat OnePlus X.

Sumber