Nampaknya misi Apple untuk tidak bergantung sepenuhnya bagi mendapatkan panel skrin daripada Samsung bakal terakhir.

Berdasarkan laporan terbaru daripada MacRumors, Apple bakal bekerjasama dengan LG Display bagi penawaran skrin OLED 6.5-inci sempena iPhone model terbaru yang bakal dilancarkan pada tahun ini. Adakah kita akan dapat lihat Apple iPhone X Plus pada tahun ini?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Mashable
Sumber: Mashable

Difahamkan pemilihan Apple untuk beralih arah daripada Samsung adalah disebabkan Samsung merupakan syarikat saingan utama mereka. Isu-isu kecil melibatkan masalah OLED keluaran Samsung juga antara yang membuatkan Apple memilih LG Display pada model terbaru iPhone.

Untuk pengetahuan anda, kerjasama Apple bersama LG Display bukanlah perkara yang baru. LG Display sebelum ini merupakan syarikat yang membekalkan panel LCD buat iPhone 8 dan 8 Plus.

16465745270717700_3

Kami harap panel OLED yang ditawarkan LG Display tidak lagi memberi sebarang masalah sepertimana segelintir panel OLED keluaran Samsung.

Sumber