Disaat jenama-jenama smartphone lain berlumba-lumba untuk menjadi smartphone dengan penawaran kamera terbaik, LG pada kali ini telah lari daripada kebiasaan dengan memperkenalkan LG G7 ThinQ. Sebuah smartphone yang hadir dengan ‘BoomBox Speaker’ yang membantu meningkatkan suara speaker smartphone melebihi 6dB.

Dalam erti kata lain, LG G7 ThinQ bakal menjadi smartphone dengan penawaran speaker 10 kali lebih kuat berbanding smartphone lain. Lebih hebat, output suara yang bakal dikeluarkan pada model ini bakal dikeluarkan secara seluruh smartphone berbanding output speaker sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

lg-g7-thinq-phone-boombox-speaker-1

Bagi pengguna headphone, model ini turut menyokong Hi-Fi Quad DAC yang membolehkan pengguna mendapatkan kualiti bunyi yang lebih baik. Setakat ini LG G7 ThinQ masih belum mempunyai tarikh pelancaran. Agak menarik untuk menyaksikan adakah model ini akan berjaya mahupun tidak.