Mula diperkenalkan sebagai TV dengan definisi 8K pertama dunia pada Januari lalu, akhirnya model ini bakal mula ditawarkan buat para pengguna seawal minggu ini.

Model TV 8K Ultra HD pertama daripada LG ini hadir dengan skrin bersaiz 88-inci. Dalam erti kata lain, para pengguna bakal menikmati TV dengan penawaran 33 juta pixels yang bersamaan dengan 16 kali ganda pixel yang terdapat pada TV full HD.

https___hypebeast.com_image_2019_06_lg-8k-oled-tv-release-details-2 (1)

Selain itu, model ini turut disertakan dengan kualiti bunyi Dolby Atmos 5.1 dan sokongan Google Assistant dan Amazon Alexa. Model ini bakal ditawarkan dengan harga sekitar $34,000 (RM141,950). Setakat ini masih belum diketahui sama ada model ini bakal memasuki pasaran Malaysia mahupun tidak.