Sebelum ini Samsung telah mempelopori penggunaan kamera utama dengan empat kamera ketika pelancaran Galaxy A9 2018 baru-baru ini. Pada kami ianya sudah cukup banyak sehinggalah LG mengumumkan projek terbaru mereka.

LG baru-baru ini telah mengumumkan perancangan yang lebih menakjubkan berbanding Samsung dimana pihak LG telah mempatenkan telefon dengan 16 kamera.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model futuristik LG ini bakal menarik minat setiap pengguna telefon pintar yang mempunyai hobi mengambil gambar kerana peranti ini mempunyai kamera yang seakan mata lalat dan boleh mengambil gambar dari pelbagai arah secara serentak.

Berdasarkan penawaran kemudahan mengambil gambar dari pelbagai arah secara serentak, pengguna hanya perlu memilih gambar yang terbaik untuk digunakan mereka.

Telefon pintar dengan 16 kamera ini juga mempunyai sudut pandangan yang boleh diubah setelah ianya diambil dan mempunyai sebuah cermin pada bahagian belakang bagi memudahkan proses mengambil swafoto.

Untuk pengetahuan umum, penggunaan 16 kamera pada satu peranti bukanlah suatu idea baharu kerana sebelum ini Light L16, sebuah kamera kompak turut hadir dengan 16 kamera.

Light L16
Sumber