Beberapa tahun yang lalu, LG telah memperkenalkan skrin OLED 18-inci yang boleh digulung bagai sekeping kertas. Melalui acara CES 2018, LG Display telah memperkemaskan lagi teknologi terbaru mereka dengan mempamerkan prototaip TV OLED yang boleh digulung. Lebih menarik, TV ini diumumkan dengan resolusi 4K dan bersaiz 65 inci.

Melalui prototaip terbaru mereka, TV ini dilihat sebagai altenatif terbaik khusus untuk menjimatkan ruang rumah dimana TV ini boleh disimpan apabila tidak digunakan. Dengan saiznya yang ringan, pengguna berpeluang untuk membawa TV ini kemana-mana sahaja.

LGD_65_inch_UHD_rollable_OLED_display_2 (1)

Setakat ini TV dengan teknologi terbaru daripada LG ini masih lagi dalam model prototaip. Jika TV ini berjaya dihasilkan untuk pengeluaran umum, LG bakal menjadi pengeluar pertama yang berjaya menghasilkan skrin OLED boleh gulung. Adakah kita akan dapat lihat konsep yang sama diperkenalkan pada telefon pintar pada masa akan datang?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤