Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) baru-baru ini telah mengumumkan mereka bakal menubuhkan sebuah unit khas bagi meneliti dan menyiasat mana-mana individu atau pemilik perniagaan yang menunjukkan sebarang harta kekayaan luar biasa di media sosial.

Unit ini akan memantau perkembangan media sosial pada masa kini banyak mempengaruhi kehidupan segelintir individu yang gemar berkongsi mengenai pemilikan barang kemas, jam tangan mewah, beg tangan, kereta mewah atau hartanah.

IMG_7119
HYPE
Keunikan Rasa Asli ‘Grilled Butter Chicken’ Yang Memukau Di The Chicken Rice Shop
Baca lagi →

Malah melalui unit ini juga, mereka juga akan menyiasat sama ada individu itu sudah mempunyai rekod pengisytiharan pendapatan atau belum dan sejauh mana kekayaan yang ditunjukkan itu setara dengan rekod berkenaan.

Nampaknya kepada anda yang kerap memuat naik barangan mewah serta masih ‘melepaskan diri’ untuk membayar cukai, anda diminta berhati-hati kerana kelak anda mungkin diperhatikan.

  • SUMBER
  • BH

Anda Mungkin Suka