Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Banyak rumah di Malaysia masih tidak terjual disebabkan ramai orang belum mampu untuk memiliki rumah dan lebih memilih untuk menyewa disebabkan beberapa faktor.

Artikel Berkaitan:

Malah, ramai orang yang menyewa memilih untuk menyewa bilik kerana harganya dirasakan lebih murah tetapi ada juga bilik ditawarkan dengan harga tidak munasabah dengan penawaran yang diberikan.

Terbaharu, sebuah iklan bilik sewa di Facebook telah dikongsikan kembali oleh pengguna Twitter mendapat perhatian netizen. Mana tidaknya, dapat dilihat bilik tersebut sangat kecil dan hanya dapat memuatkan sebuah tilam bersaiz single.

Bilik tersebut turut dilengkapi dengan sebuah kipas siling dan harga bilik sewa itu adalah RM350. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terkejut kerana harga yang ditawarkan mahal dan tidak berpatutan dengan penawaran diberikan.

Bukan itu sahaja, para netizen berpendapat bahawa bilik sewa yang sempit itu seperti liang lahad kerana terlalu kecil dan ‘menyesakkan’. Malah, rata-rata netizen berasa tidak patut bilik sewa seperti itu ditawarkan kerana kasihan kepada penyewanya kelak jika ada yang terdesak untuk menyewa.

Selain itu, ada juga netizen mengatakan bahawa pasti penyewa yang menyewa bilik ini akan insaf setiap hari kerana mengingatkan mereka kepada liang lahad. Malah, netizen juga mahu harga bilik tersebut dikurangkan kerana tidak berbaloi dengan keadaan bilik.