Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Sebelum ini, ada beberapa pihak menyuarakan pendapat apabila kemudahan di perkhidmatan awam tidak diselenggara dengan baik dan tidak dapat digunakan sehingga menyukarkan golongan orang kurang upaya (OKU).

Terbaharu, tular gambar di Twitter menunjukkan kesusahan dihadapi seorang wanita berkerusi roda apabila lif di KTM Seremban tidak berfungsi. Wanita itu terpaksa dibantu oleh polis bantuan untuk turun tangga daripada stesen.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen mendakwa bahawa lif tersebut sudah lama tidak berfungsi tetapi tidak dibaiki. Para netizen turut memuji polis bantuan kerana membantu wanita terbabit dan berharap isu ini dapat diselesaikan segera.

Susulan kejadian yang tular itu, Railway Assets Corporation dalam satu perkongsian di Facebook memaklumkan bahawa pihak kontraktor dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah pun turun ke lokasi dan membaiki lif tersebut.

Kini, kemudahan tersebut dikhabarkan telah boleh digunakan sepenuhnya dan pihaknya memohon maaf atas kesulitan yang berlaku kepada pengguna di stesen tersebut.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan perkhidmatan kemudahan awam pada pautan di bawah ini.

Lebih Setahun Lif Rosak, Respon Tidak Masuk Akal RapidKL Terhadap Golongan OKU Buat Netizen Berang

Sekali Lagi Bermasalah, Perkhidmatan LRT Tergendala Undang Rasa Tidak Puas Hati Pengguna