Sebelum ini kita dikejutkan dengan pengumuman Dahlia Shazwan yang tidak lagi akan menjadi duta Trivago. Iklan yang menampilkan Dahlia Shazwan menerima banyak maklum balas yang positif dan pastinya akan diingati dan dirindui kelak.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @iffgone telah berkongsi beberapa iklan lama yang pastinya menggamit memori anda. Baca perkongsiannya di bawah ini:
Memandangkan kita makin dekat dengan tahun 2020. Jom kita throwback iklan-iklan tahun 80an dan 90an. This is a thread.
1. Maggie pic.twitter.com/EtK1Rv5DkY
— Meleis (@iffgone) September 8, 2019

1. Maggi
Iklan Maggi ini telah disiarkan pada tahun 1983. Jika dilihat pada iklan dahulu dan sekarang, Maggi masih mengekalkan elemen kekeluargaan dalam iklannya.
2. Kicap kipas udang
Iklan kicap cap kipas udang yang pertama sekali yang disiarkan di TV pada tahun lewat 80an.
3. Trojan
Ini adalah iklan lama bagi serbuk pencuci Trojan Perkasa dari negara kita pada tahun 1993.
4. Rexona
Iklan Rexona ini disiarkan pada tahun 1989 dan dibintangi oleh Nasha Aziz.
5. Proton Saga
Iklan jenama kereta buatan Malaysia ini dikeluarkan pada tahun 1986.
6. Kejap ada kejap tiada
Sebenarnya ini merupakan iklan biskut yang mengetengahkan tagline ‘kejap ada kejap tiada’ pada tahun 1990.
7. Dutch Lady
Iklan Dutch Lady ini disiarkan pada tahun 1983.
8. Battery Eveready
Adakah di antara anda yang ingat akan iklan ini? Iklan ini disiarkan pada tahun 1987.
9. Arak
Ini merupakan iklan arak dan menariknya iklan ini dalam Bahasa Melayu.
10. Susu Cap Teko
Ini merupakan sebuah iklan klasik yang diterbitkan pada tahun 1984.Malah, iklan ini juga menampilkan pelakon Allahyarham Ahmad B.
11. Kempen anti rokok
Iklan kempen anti merokok ini disiarkan pada tahun 2000. Dapat dilihat mesej yang mendalam pada iklan tersebut.
12. McDonald’s
Iklan McDonald’s ini menampilkan Lisa Surihani dan disiarkan di TV pada tahun 2002.
13. Axion
Iklan ini telah disiarkan pada tahun 1991.
14. Surya Gudang Garam
Jika kita lihat iklan ini tidak ditapis.
15. Cucur Adabi
Iklan cucur Adabi ini disiarkan pada tahun 1990.
16. Perencah nasi goreng Adabi
Kita dapat lihat betapa ‘hype’nya iklan ini yang ditayangkan pada tahun 2001.
17. Sunsilk
Iklan Sunsilk ini pastinya masih diingati oleh ramai orang dan ditayangkan pada tahun 2006. Malah, model wanita dalam iklan ini adalah isteri kepada pengasas D’Herbs iaitu Datin Nur Shahida Rashid.
18. KFC
Iklan KFC ini disiarkan pada tahun 1994.
19. Code 10
Iklan ini disiarkan pada tahun 1983 dan menampilkan Azmil Mustafa yang terkenal ketika itu.
20. Dynamo
Iklan ini telah diterbitkan pada tahun 1990.
21. Cloud 9
Iklan ini telah disiarkan pada tahun 1990.
22. 7 Up
Iklan ini disiarkan pada tahun 1983 dan menariknya iklan ini menggunakan nyanyian dari ratu jinggles Salamiah Hassan.
23. Nano Nano
Kita dapat lihat iklan ini sangat menarik kerana visual yang dipamerkan dan lagu yang ‘catchy’.
24. Ubat batuk cap Ibu dan Anak
Iklan ini disiarkan pada tahun 1990 dan iklan ini agak unik kerana menampilkan wayang kulit.
25. Ubat batuk Breacol
Bagi iklan ubat batuk jenama Breacol ini, ia disiarkan pada tahun 1990.
26. Bedak Aiken
Kita dapat lihat iklan bedak Aiken yang diterbitkan pada 1989 dan kelihatan iklan ini agak ‘suram’ berbanding iklan sekarang.
27. Susu Cap Junjung
Iklan susu cap Junjung ini terkenal sekitar tahun 1983.
28. Tora
Pastinya ini iklan yang paling diingati kerana setiap kali iklan semasa menonton cerita kartun di TV pasti muncul iklan ini.
Adakah anda pernah menonton iklan-iklan tersebut? Bagi kami, iklan McDonald’s dan Nano masih lagi ‘fresh’ di minda.
Manakah antara iklan-iklan yang dinyatakan paling anda ingati? Pasti ada diantara iklan-iklan tersebut menjadi kegemaran anda. Klik pautan di bawah untuk baca artikel berkaitan dengan zaman kanak-kanak anda.
Ini Top 5 Perkara Paling Mengecewakan Apabila Kita Sudah Dewasa
Filem ‘Dora And The Lost City of Gold’ Menggamit Memori Zaman Kanak-Kanak
- SUMBER
- Iffgone