Menjelang cabutan undian Piala Dunia Rusia 2018, 32 pemain utama mewakili pasukan masing masing yang layak ke Piala Dunia 2018 telah meluangkan masa mengucapkan tahniah sesama sendiri mengikut urutan siapa yang berjaya layak terlebih dahulu ke Rusia.

Dari pemain bintang tuan rumah Fyodor Smolov hingga ke Jeffereson Farfan, yang menempah slot terakhir ke Piala Dunia bersama Peru, semua pemain merakamkan ucapan tahniah dalam bahasa ibunda mereka dan bahasa pasukan yang mereka tujukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Congratulations (name of country) – see you in Russia!”

Video diatas memperlihatkan pelbagai jenis bahasa seperti Neymar yang berusaha untuk bercakap Farsi, Robert Lewandowski mengucapkan tahniah kepada Egypt dalam bahasa arab, dan pemain tengah Egypt membuktikan dia mampu bercakap dalam bahasa Iceland.