Siapa tidak kenal dengan YouTuber PewDiePie dari Sweden ini? Pasti ada daripada anda yang gemar menonton video reaksi dan bermain permainan di channel YouTube.

Terbaharu, video reaksi PewDiePie mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia. Menerusi video tersebut, dapat dilihat beberapa keping gambar kelakar yang mendapat perhatian beliau.

Apa yang menjadi perhatian apabila sekeping gambar dalam sebuah drama parodi di Malaysia yang menunjukkan seorang lelakiĀ terlantar di hospital dengan pelbagai peralatan hospital yang disambungkan ke mukanya.

Apa yang melucukan adalah peralatan tersebut tidak dipasang dengan betul dan peralatan-peralatan itu diletakkan secara rawak pada muka pesakit. Rata-rata netizen turut terhibur dengan perkongsian tersebut.

Adakah anda sudah menontonnya? Apakah pandangan anda tentang drama kita yang melibatkan babak dalam hospital tetapi sering menggunakan peralatan yang salah?

Di bawah ini kami senaraikan beberapa artikel berkaitan PewDiePie yang mungkin anda terlepas sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Bintang Youtube ‘PewDiePie’ Jalan-Jalan Di Malaysia

‘PewDiePie’ Sah Berkahwin Dengan Teman Wanitanya, Marzia Bisognin Di London

PewDiePie Kecewa Dan Marah Nama Beliau Disebut Pengganas Christchurch