Nampaknya ada yang ‘baik hati’ berkongsikan salah satu deleted scene yang anda cuma boleh akses sekiranya membeli MCU Infinity Saga Box Set.

Adegan berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Adam Khan yang memaparkan bagaimana Peter Parker bekerja keras menyelamatkan ahli Guardians Of The Galaxy (GOTG) ketika menentang Thanos di planet Titan.

https://twitter.com/AdamKhan100/status/1200199419397902336

Dr Strange memberitahu Peter bahawa badan dan jiwa ahli GOTG ‘telah terpisah’ dan beliau perlu membantu untuk menghimpunkan kembali kesemua mereka untuk dipulihkan oleh Mantis.

Ada pelbagai sebab mengapa adegan ini perlu dipotong. Antaranya kerana adegan ini yang ‘terlalu panjang’. Runtime Infinity War ditetapkan pada 2 jam 40 minit dan mungkin kerana tidak mahu buang masa, adegan ini terpaksa dipotong.

Seperti juga babak tertiris sebelum ini, adegan ini tidak disiapkan secara rasmi dan anda boleh lihat betapa sukarnya proses untuk hasilkan sebuah filem Marvel.

Sebelum ini, CEO Marvel telah mengesahkan terdapat 3 watah baharu yang akan menyertai Marvel Cinematic Universe (MCU).

CEO Marvel Sahkan 3 Watak Baharu Yang Bakal Sertai MCU

Adiwira Pertama Dari Malaysia, ‘Sun Bird’ Diumumkan Untuk MARVEL Future Fight