Aktor Tom Hardy adalah salah seorang pelakon Hollywood terkenal yang membuat penampilan khas dalam Star Wars: The Last Jedi. Namun sewaktu tayangan, tiada pun tanda-tanda Tom Hardy ada dalam filem ini.

Namun, tertiris sudah adegan Tom Hardy di dalam The Last Jedi ini. Entah kenapa, adegan ini dipotong ketika final cut untuk filem ini. Dalam adegan ini, Tom sedang berbicara dengan Finn (John Boyega), seperti beliau pernah melihat Finn sebelum ini.

https://twitter.com/cucumber__2/status/973191746589896705

Tom Hardy nampaknya tidak nampak Finn sebagai salah seorang pembelot dan kemudiannya kembali bergurau bersama Finn. Peminat Star Wars di Twitter pelik kenapa adegan ini dipotong sedangkan tiada apa yang menjejaskan cerita ini jika ianya dibiarkan sahaja dalam filem.

Cameo artis terkenal dalam siri Star Wars bukanlah sesuatu yang asing. Untuk filem yang lalu, Daniel Craig juga membuat penampilan khas sebagai Stormtrooper. Babak yang mana? Anda boleh lihat pada video di bawah. Buat cameo tetapi tidak mahu muka mereka berada di dalam filem. Memang epik.