Tesla secara rasmi melancarkan model terbaru daripada syarikat berkenaan, ‘Model Y’ Jumaat yang lalu.

Namun, bukan sahaja kereta berkenaan yang menjadi perhatian tetapi kasut yang disarungkan oleh Elon Musk pada hari tersebut. Ianya bukan model Nike Air Jordan 1 biasa tetapi model khas yang dihasilkan oleh De Marco Customs.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut kenyataan, ianya adalah kasut yang diberikan oleh salah seorang rakan baik Elon ketika sambutan hari jadinya. Model ini diperbuat daripada pelbagai material termasuklah kulit berkualiti tinggi Horween, bulu kuda dan juga kulit ular.

Logo jenama Tesla turut dijahit di bahagian hadapan kasut ini. Elon merasakan waktu terbaik untuk menyarung kasut yang hebat ini adalah ketika merasmikan model terbaru daripada syarikatnya. Tempahan untuk Model Y sudah dibuka dan bakal berada di pasaran pada tahun 2021.

air elon 2

air elon 3

Air elon 4