Kata orang menjadi host di Airbnb ini semuanya indah, pengunjung yang berminat untuk menginap adalah ramai begitu juga dengan dari segi keuntungannya.

Dalam pada itu, pernahkah anda membayangkan bagaimana agaknya jika menerima penyewa yang tidak bertanggungjawab. Dalam erti kata lain penyewa yang tidak mengemas kelengkapan seperti sediakala, memusnahkan harta di dalam rumah serta membuatkan anda terkejut melihat bil elektrik kediaman anda.

Kejadian ini telah berlaku di Ampang dimana seorang lelaki yang dikenali dengan sama Simon Landsheer telah menyewa kediamannya kepada Mohammed yang berasal dari Arab Saudi melalui platform Airbnb.

25158450_10155315947019072_4067819578939808043_n-768×486

Melalui perjanjian ini, Mohammed telah berjanji untuk menyewa selama 6 minggu. Segalanya berubah setelah didapati Mohammed telah ‘memusnahkan’ kediaman tersebut selepas Simon mengetahuinya pada hari Mohammed berjanji untuk checkout. Difahamkan Mohammed terlupa untuk menambah tempoh menginap di Airbnb.

Apa yang bakal anda saksikan merupakan apa yang ditinggalkan Mohammed sebaik sahaja beliau dihalau keluar.

25151949_10155313639884072_2606982770426028392_n-768×576

25398978_10155315981024072_7422160902510602975_n-768×576

25298997_10155315981169072_6594773017793988244_n

25348542_10155313639854072_5069081442396432932_n

25354172_10155315980579072_2245742592117164369_n

Bagaimana agaknya perasaan tuan rumah saat melihat ruang dapurnya menjadi seperti ini

25354048_10155315981124072_363402381120717945_n-768×576

25152183_10155315981694072_3565951784688508086_n-1-768×576

25348335_10155315981759072_1284462155225663713_n

Sudahlah kediaman rumah rosak, dibiarkan kotor pula. Lebih mengejutkan Simon selaku host Airbnb adalah jumlah bil elektrik yang perlu dibayar sepanjang Mohammed menjadi penyewa. Berdasarkan soal siasat yang dibuat beliau dikatakan seorang penagih dadah.

20171209_130511_preview-768×1024

Berdasarkan insiden yang berlaku, adalah lebih baik untuk berhati-hati dengan penyewa sebelum mengesahkan untuk tinggal di kediaman anda sekiranya anda menyediakan servis Airbnb.

Antara langkah yang boleh anda buat selaku host Airbnb adalah membaca review penyewa terlebih dahulu. Sekiranya terdapat lebih banyak komen negatif, adalah lebih baik untuk mengelaknya untuk mengelakkan daripada ditimpa kerugian.

25354000_10155315947069072_5769516318242380450_n

Masalah ini sekaligus membuatkan anda sebagai penyewa Airbnb terpaksa menanggung rugi yang besar disebabkan penyewaan pengguna yang tidak bertanggungjawab. Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar dan video melibatkan ruang dalam kediaman ini.

Baca lagi: Bagaimana Untuk Tinggal Di Airbnb LEGO Ini Secara Percuma

Sumber