Tidak dinafikan lokasi tarikan pelancong di Nusa Lembongan, Devil’s Tear sememangnya satu lokasi hebat untuk mengambil gambar tetapi ada kalanya, ombak di sini agak ganas dan mampu ‘menelan’ sesiapa sahaja berdiri di tebing pantai ini.

Mala Mala Serve 1
HYPE
Keunikan Rasa ‘Pedas Kebas’ Yang Sedap Di Mala Mala
Baca lagi →

Aksi heroik seorang bule di bali menolong orang yang terseret ombak

Aksi heroik seorang bule di bali menolong orang yang terseret ombak

Posted by Video Unik & Seru on Saturday, 13 July 2019

Beberapa minggu lalu, tular sebuah video di Indonesia yang menyaksikan seorang warga Australia yang sangat berani menyelamatkan seorang pelancong yang terjatuh di lokasi Devil’s Tear ini. Dalam video berkenaan, beliau dilihat sangat tenang ketika usaha menelamat sedang berlangsung.

Warga Australia berkenaan adalah Jake Davison, seorang pelancong yang juga diving instuctor yang secara kebetulan berada di tempat kejadian. Menurut Jake, tanpa berfikir panjang beliau terjun ke lokasi berkenaan untuk menyelamatkan pelancong yang sudah hampir lemas

Walaupun ombak kuat memadai tebing berkenaan, semua yang terjatuh diselamatkan oleh Jake. Media Australia turut mengangkat Jake sebagai wira selepas video insiden ini kembali viral hujung minggu lalu.

Ini bukanlah kali pertama ada pelancong yang terjatuh dari tebing Devil’s Tear ini. Bulan Mei yang lalu, seorang pelancong dari India hilang di lokasi ini gara-gara mahu rakam selfie yang menarik di sini.

Ketika ditemu bual oleh Coconuts Bali, beliau sebenarnya sudah takut untuk ke Devil’s Tear selepas insiden berkenaan tetapi jika beliau nampak seseorang memerlukan bantuan, beliau akan tetap terjun kerana itu merupakan tanggungjawab semua untuk memastikan setiap nyawa selamat.

“Ianya sangat berbahaya untuk berada di tebing dan tidak berbaloi untuk mempertaruhkan nyawa untuk sekeping gambar selfie,” tambah Davison. Anda yang mungkin melawat tarikan Devil’s Tear ini perlu lebih berhati-hati.

Anda Mungkin Suka