Buat yang sudah menonton filem Justice League, pasti akan mempunyai pendapat tersendiri untuk filem ini. Namun ianya mungkin filem yang berbeza jika tidak kerana dua faktor ini. Pertamanya, pihak Warner Bros tidak mahu filem di bawahnya melebihi limit 2 jam. Tanpa potongan filem ini sebenarnya sekitar 2 jam 40 minit. Jadi ada potongan 40 minit daripada apa yang diinginkan Zack Snyder.

Keduanya, ketika post-production Zack Snyder dikejutkan dengan berita kematian anaknya dan menyebabkan beliau terpaksa mengundur diri daripada meneruskan pengambaran filem ini. Pengarah filem Avengers, Josh Whedon mengambil tanggungjawab untuk meneruskan projek ini. Ada adegan yang perlu di reshoot mengikut selera Josh. Filem ini juga ‘dicerahkan’ sehingga mengganggu penataan cahaya CGI yang telah dibuat lebih awal. Sebab itulah ada bahagian CGI yang nampak tidak kemas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jadi adakah pihak Warner Bros akan mengeluarkan versi Director’s Cut Zack Snyder di masa akan datang? Harap-harap ya. Adegan air bergerak itu paling ditunggu-tunggu sebenarnya.