Makanan adalah perkara asas dalam kehidupan dan kadangkala kita makan sesuatu makanan tanpa memikirkan kesan makanan ini kepada badan dan kesihatan kita.

Gregg Segal, seorang jurugambar yang berasal dari California kini sedang mengembara ke seluruh dunia untuk merakam gambar makanan yang dimakan oleh kanak-kanak berdasarkan negara kelahiran mereka. Gregg terdetik untuk menghasilkan satu siri gambar tentang perbandingan apa kanak-kanak dari seluruh dunia makan dalam masa seminggu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Gregg, makanan kanak-kanak di Amerika Syarikat lebih tertumpu kepada makanan yang sudah diproses serta tinggi kandungan garam, lemak dan gula. Inilah antara penyumbang kepada masalah obesiti di Amerika Syarikat kerana ketika kanak-kanak pun, mereka sudah didedahkan dengan makanan yang diproses dan tidak sihat.

Berdasarkan gambar-gambar yang dirakam oleh Gregg setakat ini, memang berbeza makanan yang dimakan oleh kanak-kanak di seluruh dunia. Siri ‘Daily Bread’ oleh Gregg ini diharap dapat membuka mata penduduk di Amerika Syarikat terutamanya berkenaan makanan yang boleh dibuat sendiri daripada mereka terus bergantung kepada processed food.

Salah satu gambar dari siri ‘Daily Bread’ ini telah dipaparkan di dalam majalah TIME dengan gambar kanak-kanak dari Malaysia menjadi gambar pilihan editor majalah TIME untuk satu artikel dalam majalah TIME ini.

Gregg masih lagi mahu merakam siri Daily Bread ini kerana masih banyak lagi negara yang beliau belum sempat kunjungi. Gregg melancarkan satu kempen di Kickstarter supaya beliau dapat meneruskan projek ini dan anda boleh membantu Gregg di sini.

Sumber