Lie Detector adalah satu alat yang sangat ditakuti ketika sebarang sesi soal jawab. Walaupun anda cuba twist jawapan anda, mesin ini pasti dapat mengesannya.

Jennifer Lawrence mencuba ujian ini untuk Vanity Fair dan jika anda melihat wajahnya, setiap percakapannya nampak benar dan confidence sahaja. Tetapi mesin ini tetap dapat mengesan ‘penipuan’ yang dibuat oleh Jennifer. Ya, Jennifer bukan ahli Illuminati. Anda boleh lihat pada minit 5:13.

Jennifer menjadi agen Russia dalam filem ‘Red Sparrow’ yang akan berada di pawagam 15 Mac ini. Anda dah sedia untuk lihat Jennifer sebagai agen minggu hadapan?