Awal bulan lalu, artis ternama Banksy mengejutkan peminat seni dengan gimik memusnahkan lukisannya selepas lukisan berkenaan terjual pada harga RM5.8 juta.

Baru semalam Banksy memuat naik proses beliau menghancurkan ‘Girl With a Balloon’ di channel YouTube miliknya. Dalam video ini, anda dapat melihat bagaimana Banksy membina sendiri bingkai gambar berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Banksy juga merakam secara ‘senyap-senyap’ suasana ketika bidaan itu berlangsung. Sebaik sahaja ianya terjual, Banksy dapat dilihat menekan butang yang membuatkan penggera pada bingkai berkenaan berbunyi dan menghancurkan lukisan beliau.

Priceless melihat wajah semua yang ada di dalam dewan berkenaan tercengang; tidak memahami apa yang sedang berlaku. Banksy turut menegaskan pihak Sotheby New York langsung tidak terlibat dalam agenda ini. Apa yang cuba disampaikan menerusi gimik ini? Hanya tuan punya badan sahaja yang tahu.