Animasi Bunny Man berjalan-jalan di dalam skrin phone itu adalah biasa. Keadaan menjadi gamat apabila Bunny Man melompat dari skrin phone ke skrin phone yang lain bagi mengejar wanita yang dia cintai. Malah orang di dalam video ini perlu turut serta mengatur serentak dengan pergerakan tersebut.

Video ini dihasilkan oleh sebuah kumpulan indie Ukraine, Brunettes Shoot Blondes yang menggunakan 14 buah produk Apple yang terdiri daripada 6 iPhones, 4 iPads, 1 iPod dan 3 MacBooks bagi menghasilkan satu klip video muzik yang kreatif dan menarik. ´╗┐Malah, lagu nyanyian mereka, Knock Knock juga tidak mengecewakan.

Semua ini dirakam in real time! Gigihnya mereka!

LIKE Facebook The Vocket disini

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group