adidas menghasilkan lebih 400 juta pasang kasut baharu setiap tahun. Dalam usaha syarikat berkenaan untuk mengurangkan penggunaan plastik yang semakin meluas di seluruh dunia, adidas kini bakal memperkenalkan model yang diperbuat daripada sisa plastik dengan lebih meluas.

Antara model permulaan yang menggunakan konsep kitar semula ini adalah untuk koleksi adidas x Parley yang diperkenalkan pada tahun 2015. Botol plastik yang pihak adidas kutip di tepi laut kemudiannya ditukarkan menjadi polyester yang kemudiannya digunakan untuk membuat kasut dan juga jersi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

adidas bercadang untuk menggunakan sepenuhnya polyester yang diperbuat daripada plastik terpakai menjelang tahun 2024. Ini adalah inisiatif hebat daripada adidas. Moga syarikat besar lain akan mengikut jejak adidas di masa akan datang.

Jika anda merupakan peminat setia adidas, ini beberapa artikel lain yang berkaitan dengan jenama dari Jerman ini

Butik ‘adidas Kids’ Pertama Dunia Kini Dibuka Di IOI City Mall

adidas Bakal Bawa Jenama J.Crew Ke Mahkamah Kerana Rekaan ‘Five Stripes’

Model Liam Gallagher x adidas Padiham LG SPZL Akan Dilancarkan 30 Ogos Ini