Tempoh perintah kawalan pergerakan yang sedang berlangsung ketika ini dilihat berjaya menimbulkan beberapa idea menarik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Jika awal minggu lalu hampir setiap netizen di media sosial terpengaruh dengan pembuatan kopi Dalgona, kini seorang artis dari Kuala Lumpur pula berjaya memenuhi masa terluang dengan idea ‘gila’ ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui muat naik yang dibuat di Facebook, Ahmad Fathil Zakaria berkongsi bagaimana beliau mengubah suai bilik seluas 68 kaki persegi menjadi seperti kapal angkasa.

“Ini namanya PROJEK PERUMAHAN TERBANG, aku nak transform bilik sekecil 68sq/ft menjadi SPACESHIP!!,” kongsinya di Facebook.

Berikut adalah beberapa gambar asal bilik tersebut sebelum melalui proses ubah suai menjadi kapal angkasa seperti yang selalu kita lihat dalam filem Hollywood sebelum ini.

Dalam kirimannya itu, beliau bukan sahaja berkongsi gambar sebelum dan selepas tetapi turut bercerita tentang proses keseluruhan termasuk lakaran perspektif yang akan dilakukan.

Berikut adalah beberapa proses yang dikongsikan beliau bersama pengikutnya dalam kiriman yang kini sudah mendapat lebih 50,000 perkongsian itu.

Walaupun projek itu dilihat rumit dan memerlukan masa yang lama, namun Ahmad Fathil berjaya mengubah bilik kecil itu kelihatan seperti berada di dalam kapal angkasa yang sebenar.

Lukisan serta penggunaan warna yang menarik dalam karyanya pasti akan membuatkan sesiapa sahaja terpegun dan akan membawa kita ke dunia lain.

Berikut adalah beberapa gambar yang menunjukkan proses mengecat dilakukan dan bagaimana beliau menggunakan LED strips untuk menambahkan efek pencahayaan dalam ‘kapal angkasa’ itu.

Ini pula adalah bagaimana rupa bilik sekecil 68 kaki persegi yang telah siap sepenuhnya diubah suai menjadi ‘kapal angkasa’ yang lengkap dengan katil beserta katil bagi menambah feel seperti berada di ruang angkasa lepas.

Selain katil, Ahmad Fathil juga turut memuatkan kerusi salon yang dibelinya beberapa tahun lepas dan ia kelihatan tidak ubah seperti kerusi yang digunakan oleh pengendali kapal angkasa dalam filem yang pernah kita tonton sebelum ini.

Untuk banyak lagi berserta video yang memaparkan situasi dalam ‘kapal angkasa’ ini apa kata anda lihat kembali kiriman asal oleh artis Ahmad Fathil Zakaria ini di Facebook miliknya.

Siapa tahu, mungkin dengan melihat hasil kerja beliau anda akan terinspirasi untuk melakukan projek DIY bersempena dengan musim kawalan pergerakan COVID-19 ini.

Baca perkongsian lain kami sebelum ini mengenai projek ataupun hobi yang mungkin boleh dijadikan inspirasi ketika anda berada di rumah sehingga 31 Mac ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Lihat Rekaan Rumah DBKL Berharga RM100 Sebulan Ini Yang ‘Fresh’ Dan Moden

Lelaki Ini Kongsi Hobi Ayahnya Bina Model Iron Man Daripada Kertas

Wanita Ini Kongsi 4 Langkah Mudah Hasilkan ‘White Chocolate Cheese Cake’ Di Rumah