Filem-filem Hollywood ketika ini terlalu bergantung kepada computer generated image (CGI) tetapi tidak untuk filem sains fiksyen Blade Runner 2049. Produksi Blade Runner 2049 tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada teknik CGI dan mencipta sendiri sebahagian bandar yang terdapat dalam filem ini.

Hasilnya? Sebuah bandar miniature yang sangat teliti dan hebat. Anda boleh lihat sendiri bagaimana pihak Weta Workshop menghasilkan bangunan dan set dalam filem ini. Proses rekaan setiap bangunan dibuat dengan komputer tetapi hasil akhir seperti pewarnaan dan sambungan semuanya dibuat dengan tangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Alasan di sebalik kenapa masih mahu membuat set dengan tangan? Ianya akan memberi gambaran yang lebih real yang tidak mampu dibuat oleh CGI. Kena tonton balik filem ini. Baru kita akan appreciate kerja tangan dalam filem Blade Runner 2049 ini.