The Bridge telah berjaya menempa kejayaan pada musim pertama ia ditayangkan, kini mereka kembali lagi untuk musim kedua yang ditayangkan di platform penstriman Viu.

Mengisahkan pembunuhan kejam yang berlaku di Malaysia dan Indonesia, musim baru kali ini disulami dengan tema rasuah, dendam dan berlatarbelakangkan dunia gelap yang sinonim di rantau Asia.

Drama siri yang diarahkan, TJ Lee, The Bridge musim kedua ini sudah mula ditayangkan sejak 15 Jun lalu, setiap episod pula akan ditayangkan pada setiap hari Isnin pukul 9 malam dengan 10 episod.

Dan baru-baru ini SAYS Seismik sempat menemubual dua pelakon The Bridge Season 2, Bront Palarae dan Fikry Ibrahim melalui video call, di mana mereka turut serta bermain dalam satu game iaitu ‘The Detectives’.

87b8

Permainanya mudah, mereka akan menjadi detektif dalam permainan tersebut dan harus mengenal pasti lokasi kejadian berdasarkan klu-klu yang akan diberikan.

Setiap seorang boleh menanyakan satu soalan pada setiap klu yang diberikan dan jawapan diberikan adalah sama ada ya atau pun tidak. Tonton video penuh temu bual dan game yang dimainkan oleh mereka di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=pbbtA2jLMis

Aksi lucu dan telatah mereka ketika bertanyakan soalan ternyata menghiburkan, malah di akhir jawapan yang diberikan oleh mereka juga mengejutkan.

Kalau anda mahu tahu kesudahannya bagaimana dan siapakah yang berjaya meneka lokasi kejadian dengan betul? Jangan lupa untuk menonton video ini sehingga habis .

57e3

Dalam pada itu, sekiranya anda terlepas The Bridge Season 1 boleh terus ke www.viu.com untuk tontonan secara percuma. Boleh dapatkan aplikasi Viu di Google Play atau App Store sekarang.

Tonton The Bridge Season 2 pada setiap hari Isnin pukul 9 malam di Viu Malaysia. Jangan lupa, sediakan popcorn dan selamat menonton.