Kami yakin ramai antara anda pernah membeli air kopi melalui kedai-kedai kopi ternama di Malaysia. Semua kedai kopi ini menggunakan cawan plastik untuk pelanggan yang ingin ‘take away’ air kopi mereka jika ingin mengejar masa.

Umum tahu penggunaan penggunaan bahan plastik berlebihan ini telah membawa kepada kerosakan alam. Melihat kepada permasalahan yang berlaku, seorang individu bernama Julian Lechner iaitu seorang pereka produk mula mendapat idea sewaktu masih belajar dengan memperkenalkan inovasi ini melalui syarikatnya iaitu Kaffeeform.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
KAFFEEFORM-disposable-cup
Sumber: Kaffeeform

Melalui inovasi yang dihasilkan, syarikat Kaffeeform akan mula mengumpulkan biji kopi terpakai dari beberapa kafe terpilih di sekitar Berlin untuk diproses oleh bengkel sosial Kaffeeform. Di dalam bengkel sosial milik Kaffeeform, biji kopi terpakai akan dikeringkan dan dipelihara.

Bahan-bahan yang diproses akan dicampurkan serta dimampatkan mengikut rekaan cawan kopi plastik seperti dipasaran melalui kilang kecil mereka di Jerman.

julian-lechner-kaffeeform
Sumber: Smart Magazine

Hasil akhir akan dihantar pada bengkel mereka untuk dikilatkan dan dibungkus sebelum bersedia untuk dikomersialkan kepada kafe-kafe, kedai-kedai dan pelanggan sekitar Berlin.

Jika rekaan berinovasi ini dapat dibawa ke negara kita, pasti dapat membantu pengusaha kafe untuk mengurangkan kos bagi mendapatkan stok cawan plastik pada masa akan datang. Seterusnya, mampu mengurangkan kadar penggunaan cawan plastik di Malaysia. Lihat video grafik ini jika anda ingin tahu lebih lagi berkaitan Kafeeform.

Sumber