Rasuah sudah menjadi sebahagian daripada budaya Malaysia dan dianggap biasa oleh sesetengah orang sehingga mereka masih mampu meraikan koruptor yang sudah dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah

Namun bukan rakyat Malaysia sahaja yang merayakan budaya ini, beberapa filem, permainan dan pemimpin luar negara turut menjadikan Malaysia sebagai contoh negara rasuah.

Seorang pengguna maya di Twitter, Arif Juhani telah berkongsi adegan dari filem India Malayalam ‘Kaduva’. Di dalam filem tersebut, salah seorang pelakon menyebut bahawa sebuah syarikat Malaysia menawarkan rasuah untuk minyak sawit.

Filem ini menceritakan sisi seorang pengusaha kebun getah yang mempunyai masalah dengan pihak berkuasa. Walaupun hanya adegan ini yang menamakan Malaysia, namun ia tetap menceritakan realiti di negara kita yang terkenal dengan beberapa siri rasuah oleh ahli politik, kumpulan peniaga, penjawat awam dan pihak berkuasa sendiri.

Selain itu, seorang pengguna maya yang lain turut menunjukkan adegan dalam permainan video ‘Uncharted 4: A Thief’s End’ di mana salah seorang watak menjelaskan bagaimana Imigresen Malaysia disogok bagi mendapatkan permit.

“Tonton drama Blacklist. (Di dalamnya) mereka menyebut beberapa kali bahawa Malaysia terlibat dalam pengubahan wang haram, pemerdagangan manusia dan gangsterisme,” komen netizen lain.

Sementara itu, pengguna maya yang lain turut memaparkan video tahun 2017 di mana bekas Perdana Menteri Kenya Raila Odinga, menggunakan aktiviti rasuah di Nigeria dan Malaysia sebagai contoh untuk menerangkan hubungan antara rasuah dan krisis pembangunan.

Perkongsian itu telah kemudian tular di Twitter dan pengguna maya yang lain mula berkongsi contoh filem negara lain yang menjadikan Malaysia sebagai rujukan aktiviti rasuah.

Selain itu, beberapa pengguna maya turut menyatakan kekecewaan dan malu apabila negara sendiri dijadikan rujukan dan menganggap negara kita sudah sebati dengan rasuah.

Ahli politik berbadan gemuk cenderung untuk rasuah, lapor kajian antarabangsa. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Ahli Politik Berbadan Gemuk Cenderung Untuk Rasuah, Lapor Kajian Antarabangsa

‘Ini Namanya Menghina Profesion Perubatan’- Iklan SPRM Berkaitan Rasuah Terima Kritikan Netizen

Bekas Menteri Vietnam Dipenjara Seumur Hidup Selepas ‘Kantoi’ Makan Rasuah