Bayangkan diri anda yang lahir sempurna dan tiba-tiba kehilangan salah satu daripada anggota badan anda, adakah anda mampu untuk bangkit semula dan menerima hakikat tersebut?

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Inilah kisah seorang remaja perempuan bernama Elia Nurul Syahida Nasruddin. 20 September merupakan tarikh yang pastinya tidak dapat dilupakan Elia. Siapa sangka, beliau yang dalam perjalanan untuk ke tempat kerja dilanggar oleh sebuah kereta yang menyebabkan motosikal yang ditunggangnya terbabas.

Menurut Elia, terdetik di hati beliau akan apa yang beliau boleh lakukan selepas ini apabila melihat kaki terputus di lokasi kejadian, perasaan beliau hanya Allah sahaja yang tahu.

Berdasarkan impak pelanggaran itu, beliau menyedari bahawa sebahagian kaki beliau sudah tiada, putus berdekatan dengan motor miliknya. Untuk menyelamatkan nyawanya, kaki beliau perlu dipotong hingga ke paras betis.

Meskipun beliau kehilangan satu anggota badannya, akan tetapi beliau tidak berputus asa dan tidak patah semangat untuk meneruskan hidup.

Langit tak selalu cerah, mendung bukan selamanya, bagi beliau semuanya adalah pinjaman daripada Allah dan beliau bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk masih bernafas. Beliau yakin bahawa semua yang terjadi ada hikmahnya, beliau menerima segala ketentuan daripada Allah.

1 elia

Sumber: Instagram Elia Nurul

elia 2

Sumber: Instagram Elia Nurul

elia 3

Sumber: Instagram Elia Nurul

Jika anda seorang yang ceria, kemudian kehilangan satu anggota badan anda, adakah anda mampu tersenyum riang dan bergelak ketawa? Kuatnya semangat yang ditunjukkan oleh Elia kerana setelah kaki beliau tiada, beliau mampu untuk berjenaka dengan keadaan yang menimpanya.

elianurul2

Sumber: Instagram Elia Nurul

elianurul1

Sumber: Instagram Elia Nurul

Difahamkan keadaan Elia kini makin baik dan Elia kini sedang menjalani latihan fisioterapi agar dapat berjalan semula, walaupun hanya menggunakan kaki palsu.

elia 4

Sumber: Instagram Elia Nurul

Bagi beliau, tidak guna untuk berasa ‘down’ dalam masa yang lama kerana hidup harus diteruskan dan banyak lagi perkara yang harus dikecapi. Semangat dan dorongan daripada keluarga dan rakan-rakan merupakan sumber kekuatan buat diri beliau untuk berjalan semula.

Perkongsian beliau di laman sosial yang berjenaka dengan keadaan beliau bersebab, ianya kerana beliau ingin apa yang berlaku kepada dirinya dijadikan pengajaran. Malah, beliau ingin mewujudkan persekitaran yang lebih ceria untuk diri sendiri dan orang sekeliling.

elia1.1

Sumber: Instagram Elia Nurul

elia1.2

Sumber: Instagram Elia Nurul

elia1.3

Sumber: Instagram Elia Nurul

Perkongsian beliau di Instagram nyata menarik perhatian netizen berikutan sifatnya yang tabah dan kuat semangat. Para netizen juga turut memberi kata-kata semangat buat gadis ini. Semoga kisah dan semangat daripada Elia Nurul Syahida ini akan menjadi sumber inspirasi buat anda supaya tidak berputus asa ketika menghadapi musibah.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group