Sehingga kini, tiada siapa yang dapat menandingi kehebatan Heath Ledger dalam menjayakan watak jahat The Joker dalam filem The Dark Knight. Tiada penjahat yang mempunyai karisma tinggi yang dapat menandingi The Joker versi Heath ledger.

Kehebatan Heath dalam menjayakan watak Joker diperlihatkan oleh laman Script to Screen (StS) di mana pihak StS telah berkongsi babak ikonik dalam The Dark Knight ketika The Joker bertemu Harvey Dent (Aaron Eckhart) di hospital.

The Dark Knight (2008) | Script to Screen

The Dark Knight (2008)• Directed by: Christopher Nolan• Written by: Christopher Nolan & Jonathan Nolan

Posted by Script to Screen on Thursday, 21 June 2018

Dalam video ini, dapat dilihat bagaimana babak ini dilakonkan mengikut skrip yang diberikan kepada Aaron dan Heath. Menarik tentang babak ini adalah bagaimana hebatnya Heath dalam mengingati dialog yang beliau perlu ucapkan.

Tambah menarik adalah detail yang mungkin kita terlepas sewaktu menonton watak ini. Cuba anda lihat ketika Heath meletakkan pistol di dahinya. Pada ketika ini, Harvey akan melontar duit syiling pada tangan beliau dan jika ianya jatuh di bahagian kepala, Harvey akan menarik picu.

Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, Joker sudah pun meletak jari di bahagian picu pistol. Dan jika tertembak pun, pistol tidak akan mengeluarkan peluru. Joker bijak.

Joker

Dan satu lagi babak yang Heath sendiri improvise supaya watak Joker lebih psiko adalah ketika beliau ingin meletupkan hospital. Ketika dalam keadaan pause, ianya memang sudah dirancang tetapi aksi Joker menekan butang berkali-kali itu dibuat sendiri oleh Heath.

Perkara-perkara sebeginilah yang menjadikan sesuatu watak itu memorable. Walaupun sudah 10 tahun berlalu, filem ini akan sentiasa menjadi bualan peminat filem superhero. Sesiapa yang bakal menjadi Joker baharu untuk DC
selepas ini pastinya akan mempunyai tugasan yang sukar. Selamat berjaya, Jared Leto.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group