‘Influencer’ adalah terma baharu yang digunakan oleh netizen bagi merujuk individu yang mempunyai ramai pengikut di media sosial. Tetapi terma yang digunakan ini salah apabila terdapat beberapa ‘influencer’ yang menyebarkan ‘pengaruh’ yang tidak baik.

Terbaharu, seorang warganegara Singapura, Venie Lin, telah berkongsi pengalamannya di laman Facebook dengan seorang individu yang menggunakan pengikut dan likes yang palsu hanya untuk mendapatkan barangan secara percuma.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Venie adalah seorang pembekal makanan segar dan sejuk, Frozendozen telah mendakwa bahawa ‘influencer’ ini akan mendekati individu yang mempunyai perniagaan kecil.

collage
Venie Lin

Dia yang baharu memulakan perniagaan tersebut telah didekati oleh Xue Wei, individu yang bertanggungjawab menjaga akaun Instagram @anaffairwithfood. Mereka menawarkan kepadanya tajaan selama tiga bulan dan mengaku kepada Venie bahawa mereka mahu menyokong perniagaan tempatan sewaktu pandemik COVID-19.

Pada mulanya, Venie berpendapat bahawa AAWF adalah akaun Instagram yang sah, jadi dia telah bersetuju untuk menaja dan sebagai balasan mereka akan membuat beberapa hantaran mengenai produknya di laman Instagram AAWF.

Walau bagaimanapun, Venie mula curiga selepas AAWF menolak untuk menandatangani kontrak makanan bernilai $ 300 yang dipersetujui bersama dan mereka telah menukar syarat kerjasama kontrak makanan kepada nilai kira-kira $ 100 sahaja.

Tidak berpuas hati, Venie mula menggali lebih jauh dan mula menjumpai beberapa perkara yang tidak kena. Antaranya adalah rata-rata hantaran yang dibuat oleh AAWF hanya mendapat tanda suka sebanyak 50-60 sahaja – agak pelik untuk profil yang mempunyai 22.3 ribu pengikut.

collage1
Venie Lin

Setelah mengetahui bahawa semua ini adalah tipu, Venie telah bertindak menghantar satu email kepada pihak AAWF untuk meminta mereka memulangkan wangnya bagi makanan yang berharga $ 93.05.

Kenyataannya ini turut disokong oleh beberapa terma yang mengatakan bahawa, “Menurut peraturan pengurusan, semua kerjasama dengan ‘influencer’ yang melibatkan pengikut atau tanda suka yang palsu akan diberhentikan dan bayaran balik perlu dibuat untuk barang yang telah dihantar. ”

Tetapi email yang dibalas oleh Venie telah dianggap sebagai ‘kurang ajar’ oleh AAWF dan mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Venie.

collage4
Venie Lin

Tidak cukup dengan itu, selepas Venie menghantar email kepada pihak AAWF. Venie mendapati bahawa tanda suka pada hantaran terbaharu AAWF di laman Instagram mereka naik secara mendadak.

collage5
Venie Lin

Tidak mahu isu ini berpanjangan, setelah mengambil kira semua kos untuk melantik peguam dan mengantar saman, Venie akhirnya akur dan ‘menghalalkan’ wang yang ditipu oleh pihak AAWF.

collage
Venie Lin

Terbaharu, seorang wanita dengan niat untuk berkongsi kisah kejayaannya akhirnya mendapat nasib yang berbeza apabila netizen telah membongkar sisi lain cerita kejayaan beliau. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Niat Mahu Merendah Diri, Akhirnya Tersungkur Selepas Dibongkar Netizen

6 Langkah Tuntut Hutang Cara Lembut Tapi Buat Si Penghutang Rasa Harga Diri Jatuh Ke Longkang