Gunting adalah sebuah telemovie yang mengisahkan tentang Salihin yang terpaksa menutup kedai gunting rambutnya selepas penyakit diabetes yang dihadapi semakin melarat. Anaknya, Taufik yang bekerja di LA sebagai hiarstylist pulang ke Singapura untuk menjaga ayahnya. Tidak mahu kedai gunting rambut ayahnya hilang begitu saja, Taufik dan kawan baiknya Hisyam membuat keputusan untuk membuka Salihin & Sons sebuah barber shop. Telefilem ini sangat ringan jalan ceritanya tapi fresh daripada segi idea. Bukan itu saja kerajaan Singapura juga mengambil kesempatan dengan memasukkan beberapa perkhidmatan yang disediakan (product placement) dalam telefilem ini sehingga penonton tidak sedar yang sebenarnya telefilem ini ditaja untuk mengiklankan servis-servis kerajaan.

Anda Mungkin Suka