Sejak wabak coronavirus melanda beberapa negara, aktiviti hidup manusia terhenti buat sementara waktu apabila ada sesetengah negara yag memerintahkan penguncian bagi menangani wabak ini.

Antara langkah yang diketengahkan oleh kebanyakkan negara adalah penjarakkan sosial serta melakukan pengasingan dengan kekal duduk di rumah bagi tujuan memutuskan rantaian COVID-19.

Daiichi First 7 Plus Car Seat – Copy
HYPE
Kerusi Kereta Bayi Daiichi Lengkap Dengan Ciri Keselamatan Terbaik Pilihan Ibu Bapa
Baca lagi →

Selain itu, situasi ini juga telah menyebabkan beberapa kilang terpaksa ditutup, pergerakan manusia terhad dan secara perlahan-lahan landskap di beberapa bandar atau tempat tumpuan pelancong menjadi tanah lapang.

Walaupun suasana penguncian ini kelihatan suram dan bungkam, namun tahap pelepasan karbon yang rendah akibat daripada aktiviti manusia yang berkurang telah memberi manfaat yang baik untuk alam semulajadi.

Di negeri Punjab di utara India, selepas 30 tahun tidak kelihatan, akhirnya Himalaya menunjukkan dirinya selepas kualiti udara yang lebih baik akibat daripada penguncian yang dilakukan oleh kerajaan India.

Manakala di Mumbai, perbezaan kualiti udara juga dapat di lihat di sepanjang pantai barat India.

Sejak Iran mengenakan langkah-langkah penjarakkan sosial serta perintah berkurung bagi membendung wabak ini, kualiti udara di beberapa tempat di sekitar Iran bertukar menjadi lebih baik.

Di Venice pula, sejak kota itu berehat daripada menerima pelancong asing selepas Itali terjejas teruk akibat COVID-19, air yang keruh sebelum ini kini kembali bersih.

Sementara itu, rusa di Taman Nara Jepun pula telah mengambil ‘inisiatif’ sendiri dengan mengembara ke kawasan kejiranan bagi mencari makan selepas kadar penurunan jumlah pelawat.

Imej satelit ini pula menunjukkan penurunan paras nitrogen dioksida yang luar biasa di China dari bulan Januari sehingga Februari selepas coronavirus menyerang negara tersebut.

1586431766354-_111089478_china_trop_2020056.png

Dalam satu laporan yang dikeluarkan pakar, situasi ini hanya bergantung kepada berapa lama wabak COVID-19 akan berlaku dan situasi yang terjadi kepada alam sekitar adalah faktor kepada langkah-langkah penguncian dan penjarakkan sosial yang dilakukan oleh beberapa negara.

Untuk rekod, lebih 1.5 juta orang telah dijangkiti wabak COVID-19 manakala lebih 90,000 kematian telah dicatatkan. Amerika Syarikat masih mencatat rekod sebagai negara paling teruk terjejas diikuti dengan Sepanyol, Itali dan Jerman.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

WHO Akui Buat Kesilapan, Minta COVID-19 Tidak Dipolitikkan

‘Scammer’ Jual Darah Dan Air Liur Bekas Pesakit COVID-19 Dengan Harga RM4,000 Di Dark Web

Lihat Bagaimana Rantaian COVID-19 Mampu Diputuskan Dengan Menggunakan ‘Domino Effect’

Anda Mungkin Suka