Perlawanan Ultimate Fighting Championship (UFC) epik antara Conor McGregor dan Khabib Nurmagomedov berkesudahan dengan Khabib mengalahkan Conor.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Dengan keputusan 27 perlawanan tanpa kalah, boleh dikatakan Khabib adalah fighter UFC paling hebat pada ketika ini. Siapa sahaja yang berada di depannya, beliau akan tumpaskan.

View this post on Instagram

Just love this guys. #Brothers

A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on

Bapa kepada Khabib sudah melatih Khabib sejak dari kecil lagi untuk menjadi seorang fighter yang tidak takut dengan apa yang ada di depan matanya. Termasuklah pada beruang! Video ini dirakam 21 tahun yang lalu ketika sesi latihan Khabib dengan seekor beruang. Beliau baharu berusia 9 tahun pada ketika ini.

Bapa kepada Khabib, Abdulmanap menerangkan itu cara unik beliau untuk melihat keupayaan sebenar anaknya serta setiap pemuda di bawah jagaannya. “Di tempat kami, tiada apa yang menarik untuk beliau ketika muda. Jadi, ini adalah cara yang terbaik untuk membina keyakinan selain sebagai salah satu latihan,” kata Abdulmanap.

Abdulmanap bukan sahaja sudah melatih Khabib, tetapi beberapa lagi fighter UFC seperti Islam Makhachev dan Abubakar Nurmagomedov. Khabib sudah bertarung dengan beruang, jadi beliau perlu berdepan dengan seorang yang lebih hebat daripada seekor beruang. Terus terbang tinggi, The Eagle!

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group