Semua orang pastinya mempunyai impian untuk memiliki kenderaan mewah sebagai simbol status ataupun sebagai ganjaran kepada diri sendiri. Terbaharu tular di media sosial mengenai perkongsian seorang usahawan muda yang dikenali sebagai Mohd Taufik mengenai transformasi Van Hiace yang diubahsuai yang menjadikannya kelihatan begitu mewah.

Perkongsian ini telah tular di beberapa laman dan kumpulan di Facebook yang mendapat pujian daripada netizen. Van milik beliau telah diubahsuai luaran dan dalaman yang membuatkan ramai tidak percaya bahawa pada asalnya kenderaan tersebut hanyalah sebuah Van Hiace.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rekaan dalaman kenderaan milik usahawan muda ini turut mempunyai dua buah kerusi yang empuk lagi selesa dan sebuah TV yang membolehkan penumpang menikmati hiburan sepanjang perjalanan.

Sumber
  • Facebook