Idea menggabungkan bilik tidur dan home office ini sesuai dibuat apabila anda memiliki ruang dan bilangan bilik yang terhad di rumah. Apa yang bakal dipaparkan ini adalah hasil kerja tangan dengan menterbalikkan konsep bed loft di mana katil akan berada di bahagian bawah dan ruang kerja di bahagian atas. Pasti anda terbayangkan perlu bersila atau kepala menghampiri siling apabila berada di ruang kerja. Sebenarnya ia tidak berlaku dengan kaedah ubah suai ini.

Ini rupa asal bilik tamu:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bilik tamu ini akan diubah suai menjadi bilik tamu dan home office di mana ia akan dibina platform dari kayu seperti gambaran ini:

L-brackets dipasang pada dinding. Fungsi L-brackets ini untuk menampung platform kayu yang akan dibina. Jadi adalah penting untuk memastikan ia mempunyai ketinggian dan kesiembangan yang sama:

Kemudian, boleh mula bina kerangka platform seperti mana di dalam gambaran sebelum ini:

Papan penutup katil dipasang pada kerangka kayu yang akan diletakkan tilam di atasnya. Kerangka kayu untuk katil itu pula sesuai dipasangkan roda bagi memudahkan ia ditarik keluar atau ditolak masuk di bawah platform kayu tersebut.

Kerja-kerja pemasangan dinding platform dimulakan.

Bagi bahagian tangga pula, ia kelihatan curam dan kecil. Dicadangkan ditambah pemegang di dinding atau melebarkan tangga dengan mengurangkan anak tangga demi keselamatan. Dalam masa yang sama ada ruang untuk simpan barang disitu.

Bahagian atas platform dipasang dengan lantai laminate selepas platform dipasang dengan chipboard dan lapisan plastic foam.

Ini peringkat akhir di mana platform dan kerangka katil diperkemaskan:

26

Dan inilah hasilnya kombinasi konsep bed loft terbalik untuk home office dan bilik tidur yang telah siap:

30

Tilam memainkan peranan penting ketika merehatkan diri setelah penat bekerja. Tilam seperti di atas mampu memberikan sesi berehat anda lebih berkualiti.

27

Kerusi juga memainkan peranan penting sekiranya anda jadikan bilik sebagai pejabat anda juga. Kerusi yang ergonomik mampu memberikan kualiti maksimum dalam kerja seharian anda.

29

Sumber: Imgur

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram