Pernah tak orang kata anda cantik? Apakah reaksi anda apabila dikatakan sebegitu?

Shea Glover, 18 tahun, pelajar sekolah tinggi dari Chicago, Amerika Syarikat pada asalnya hanya mahu menjalankan satu projek bebas tetapi akhirnya ia bertukar menjadi eksperimen sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum Glover merakam wajah-wajah pelajar sekolah tinggi di Chicago itu, dia menyebut ayat ini kepada mereka:

Sungguh tak sangka reaksi balas pelajar-pelajar sekolah tinggi itu apabila Glover berkata begitu kepada mereka. Ia benar-benar reaksi spontan dan jujur yang menyentuh hati. Lihat ini:

“I want to clarify that my intentions were not to get a reaction out of people. I was simply filming beauty and this is the result.” – Shea Glover.

Saya sendiri berasa sebak dan terharu melihat reaksi jujur dari video Glover ini. Mungkin ada di antara mereka tidak pernah dikatakan cantik oleh orang luar. Mungkin juga ada di antara mereka berasa dirinya tidak cantik berbanding orang lain. Disebabkan itu mungkin ada yang fikir Glover sedang mempermainkan mereka dan ada juga yang tiada reaksi atau buat jelingan mata yang menunjukkan mereka tidak percaya apa yang diperkatakan.

Sebenarnya setiap orang ada kecantikannya yang tersendiri sama ada dari segi wajah, bentuk fizikal, akhlak, minda dan pelbagai lagi. Treasure it.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram