Kepanasan dunia telah menjadikan beberapa tempat yang dahulunya dipenuhi dengan ais akhir bertukar kepada sebuah kawasan hijau.

Lebih mengejutkan adalah beberapa keping gambar perbezaan dahulu dan sekarang kawasan yang diselaputi dengan salji di Switzerland.

ChHNb-IU8AA3JSR
HYPE
5 Idea Kreatif Bawa Anak-Anak Berhibur Ketika Cuti Sekolah
Baca lagi →

Suhu panas telah menampakkan rupa sebenar beberapa landskap yang sebelum ini dipenuhi dengan ais dan warna putih.

collage 2

Switzerland dilaporkan telah kehilangan lebih daripada 500 glasier dan mereka menjangkakan bahawa 90 peratus lagi bakal hilang menjelang akhir abad ini.

Tempat tinggal mereka juga dikhabarkan akan meninggalkan kesan besar yang besar dengan beberapa tempat bakal ditenggalami air apabila beberapa tempat yang diselaputi ais mula mencair.

Kerajaan Swiss juga bimbang dengan perubahan landskap secara drastik akan menyebabkan tanah runtuh dan banjir lumpur kepada beberapa kawasan yang didiami penduduknya.

collage

Hotel Belvedere, yang dibina pada tahun 1880-an di Alpine, merupakan mangsa awal perubahan cuaca yang drastik.

Pengunjung masih boleh berjalan ke dalam gua ais tersebut, tetapi kini bahagian bumbungnya telah dibungkus dengan kain putih bagi menghalang cahaya matahari masuk secara terus.

collage 3

Pemanasan global semakin hari semakin memburuk, terbaharu, bekas presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama menyatakan kerisauan beliau tentang dunia yang semakin hari, semakin memanas.

Budaya moden telah membunuh sedikit demi sedikit dunia ini. Pengguna menggunakan sesuatu perkara itu secara berlebihan – sebagai contoh rumah yang kita tinggal telah menggunakan kuasa elektrik secara berlebihan.

Manakala hutan-hutan membakar dengan drastik sejak beberapa tahun ini dan lebih mengejutkan apabila jantung bumi, iaitu Hutan Amazon turut menjadi mangsa kerakusan hati manusia.

Bumi Switzerland mempunyai keunikan yang abadi. Berikut adalah beberapa tempat yang mungkin anda mahu kunjungi. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Bilik Hotel Di Switzerland Ini Berdinding Alam Dan Berbumbung Langit

5 Sebab Anda Patut Cuba Paragliding Di Lauterbrunnen, Switzerland

10 Tip ‘Paragliding’ Di Gunung Pilatus, Switzerland

 

Anda Mungkin Suka