Nasib yang tidak baik menimpa Perdana Menteri Australia selepas beliau dimaki dan dikutuk oleh rakyatnya sendiri akibat daripada ketidakpuasan hati mereka mengenai kenaikan kos sara hidup yang semakin membebankan.

Kejadian ini terjadi ketika Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkunjung ke salah sebuah pub bernama Edgeworth Tavern di kawasan Newscatle, New South Wales dan telah dikunjungi oleh seorang pesara. Pesara itu kemudiannya mengutuk Morrison mengenai bantuan kewangan yang diterima warga emas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Inilah yang anda katakan semasa anda dipilih: ‘Kami akan membantu semua orang yang telah bekerja sepanjang hidup mereka, membayar cukai mereka’…,” kata lelaki itu. Ya… Saya telah bekerja sepanjang hidup saya dan membayar cukai.

“Anda boleh memiliki rumah sejuta dolar, mempunyai AU$250,000… dengar cakap saya… $250,000 di bank, mendapat potongan cukai atau cukai dibayar, tetapi seorang pesara yang kurang upaya tidak dibenarkan untuk mempunyai sebarang pendapatan,” katanya.

Ketika dia cuba dileraikan oleh mereka yang mengelilingi Morrison, lelaki itu bertindak menolak dan sebaliknya menuding jarinya ke muka Perdana Menteri Australia itu dalam riak yang sangat kecewa.

Kelihatan Morrison cuba menawarkan bantuan dan peluang kepada lelaki itu untuk bercakap dengan beberapa pegawainya bagi membincangkan keluhan hatinya, namun lelaki itu menyatakan bahawa dia muak dengan janji kosong yang diberikan oleh Morrison.

Pada November, Peguam Negara menyatakan bahawa Kerajaan Australia di bawah pimpinan Morrison tidak akan mempunyai masa untuk memenuhi janji yang telah mereka tetapkan dalam pilihan raya 2019.

Kempen pilihan raya belum bermula secara rasmi, tetapi Morrison dan Ketua Pembangkang Anthony Albanese telah melakukan perjalanan selama beberapa minggu untuk bertemu warga Australia dan mengumumkan rancangan bagi dasar mereka.

Isu kos sara hidup dalam kalangan rakyat menjadi perhatian utama gabungan Parti Liberal dan Parti Kebangsaan serta Parti Buruh pembangkang.

Terdahulu, Kerajaan Gabungan mengumumkan pemberian tunai AU$250 untuk penerima pencen dalam bajet persekutuan. Tetapi dasar ini telah dikritik oleh beberapa organisasi perkhidmatan sosial dan didakwa tidak cukup.

Parti Buruh berjanji untuk mengkaji semula faedah kebajikan. Mereka berhasrat menambah bilangan sekiranya menang dalam pilihan raya. Tetapi pihak Parti Buruh enggan menyatakan berapakah kenaikan yang akan dijanjikan.

Ahli politik berbadan gemuk cenderung untuk rasuah, lapor kajian antarabangsa. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Ahli Politik Berbadan Gemuk Cenderung Untuk Rasuah, Lapor Kajian Antarabangsa

Agong Nasihat Ahli Politik Muhasabah Diri, Jangan Heret Negara Ke Kancah Politik

Kajian Mendapati Rakyat Malaysia Lebih Percaya Doktor Berbanding Ahli Politik