Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan bulan lalu, sikap kreatif dan ambil tahu rakyat Malaysia dapat dilihat dengan beberapa hantaran di sosial media yang mengetengahkan informasi penting bagi mendidik rakyat Malaysia betapa pentingnya untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Terbaharu, Dick Chua, seorang pembikin filem yang telah berkecimpung lama di dalam bidang ini turut berkongsi cara kreatif beliau bagi menyampaikan informasi mengapa saranan kerajaan untuk kekal di rumah perlu di ambil serius.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau yang pernah mendapat pengiktirafan dari Festival Filem Calgary Fringe dan Pertandingan Filem Pendek Akira Kurosawa Memorial di Jepun melalui filem Live Life telah tampil dengan satu video pendek yang dilakonkan oleh anak dan isteri beliau.

Di dalam filem pendek tersebut, perjalanan cerita bermula apabila seorang budak lelaki sibuk menyusun permainan domino. Tetapi ia diganggu oleh seorang kanak-kanak perempuan yang menolak dominonya jatuh dan telah mengakibatkan susunan domino yang lain turut jatuh.

Namun situasi itu dapat diselamatkan oleh watak seorang wanita dewasa yang berjaya mengalihkan salah satu domino sebelum ia melanggar domino yang lain. Di akhir babak dia meninggal satu mesej yang kuat bagaimana rantaian COVID-19 dapat diputuskan jika kita kekal duduk di rumah dan melakukan penjarakan sosial.

Melalui filem pendek ini dan perkongsian dari Associate Professor Dr Rafdzah Ahmad Zaki di Malaysiakini, dapat dilihat bagaimana barisan domino ini digunakan sebagai metafora kepada penyebaran wabak COVID-19. Apabila salah satu domino ditolak, ia akan turut menjatuhkan domino yang lain. Dengan mengalihkan atau menjarakkan domino yang lain dapat menyelamatkan keseluruhan barisan domino daripada jatuh.

3318c614005918dae23ffcee9485265a

Sekarang bayangkan wabak ini seperti domino tadi. Penyebaran wabak tidak akan berhenti jika kita sendiri yang tidak memecahkan rantaian virus dengan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sekiranya tiada langkah pencegahan diambil dan penjarakan sosial tidak dipraktikkan. Wabak itu mampu untuk merebak menjadi kumpulan yang besar.

Idea kreatif yang hanya mengambil masa sehari untuk disiapkan ini telah mendapat 3,000 likesĀ dari netizen dengan rata-rata daripada mereka memuji idea kreatif Dick Chua.

Untuk rekod, Dick Chua pernah memenangi enam anugerah di BMW Shorties pada 2012 termasuk anugerak Filem Terbaik menerusi filem pendek Murdered. Pada 2014, beliau turut tersenarai di dalam Malaysia Top 10 Outstanding Creative Youth Award yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Belia & Sukan Malaysia pada ketika itu.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Jerman Dan Belanda Benarkan Laungan Azan Untuk Naikkan Semangat Hadapi COVID-19

WHO Akui Buat Kesilapan, Minta COVID-19 Tidak Dipolitikkan

Remaja Ini Tolak Tawaran RM35 Juta Untuk Sertakan Iklan Pada Laman ‘Live’ COVID-19