Dengan hubungan mereka telah mendapat spotlight daripada netizen di sosial media dan peminat di seluruh dunia, Jada Pinkett Smith dan Will Smith telah tampil untuk duduk bersemuka bagi merungkaikan kisah kejatuhan rumah tangga mereka.

Tanpa berselindung, Pinkett Smith mengaku bahawa dia telah menjalinkan hubungan dengan artis August Alsina ketika dia dan Smith masih lagi bersama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bercakap di rancangan Red Table Talk, Pinkett Smith menyatakan bahawa hubungan sulit dengan penyanyi dan penulis lagu, Alsina berlaku dalam tempoh semasa mereka berdua bakal melalui fasa perpisahan.

Smith menggambarkan perpisahan dalam jangka waktu tertentu bertujuan untuk memberi ruang kepada diri masing-masing untuk mencari bahagia yang mereka inginkan, “kamu akan mencari cara untuk membuat diri kamu bahagia dan saya akan mencari cara untuk membuat diri saya bahagia.”

Dan Pinkett Smith menambah, “Dari situ, seiring berjalannya waktu, saya telah menjalinkan hubungan dengan August.”

https://www.youtube.com/watch?v=qB9BwdBG3GM&feature=youtu.be

Pinkett Smith yang pernah beraksi di dalam dua filem Matrix menambah bahawa tujuan perbincangan ini dilakukan adalah dia mahu membersihkan nama Will Smith yang terpalit dengan satu laporan di mana dia telah memberi keizinan kepada bekas isterinya itu untuk menjalinkan hubungan dengan August.

Dalam wawancara radio dengan The Breakfast Club, Alsina telah mengesahkan bahawa dia dan Pinkett Smith menjalinkan hubungan semasa dia masih dalam perkahwinan. Alsina turut mengatakan bahawa hubungan itu dibina atas pengetahuan dan restu penuh dari Will Smith.

“Satu-satunya orang yang boleh memberi kebenaran dalam keadaan tertentu adalah saya,” kata Pinkett Smith sambil menambah bahawa dia faham mengapa August menganggap hubungan itu terjalin dengan ‘restu’ kerana dia dan Smith berpisah dengan cara yang baik.

Smith dan Pinkett Smith mula berkahwin pada tahun 1997, setelah bertemu buat pertama kali di set sitkom 1990-an The Fresh Prince Of Bel-Air. Pasangan ini mempunyai dua orang anak – Jaden, 22, dan Willow, 20 – kedua-duanya bekerja di industri hiburan.

Will Smith mengaku dia pernah terfikir bahawa dia dan Pinkett Smith tidak akan pernah bertegur sapa lagi. Namun kini, pasangan itu telah berdamai, dengan Pinkett Smith menggambarkan hubungan mereka sebagai “cinta tanpa syarat”.

Mereka mengakhiri wawancara dengan ayat yang di ambil dari salah satu dialog ikonik Bad Boys, “We ride together, we die together. Bad marriage for life”.

Terdahulu, Will Smith dan Sofyank96 pernah berkolaborasi bersama untuk mencipta satu video awesome sempena promo filem Gemini Man. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tonton Video Kolaborasi ‘Awesome’ Antara Sofyank96 Dan Will Smith

Will Smith Tinggalkan ‘Suicide Squad 2’