Semalam tular di media sosial mengenai sebuah video rakaman yang menunjukkan kekuatan angin kencang dan ribut petir di Alor Setar, Kedah. Seperti yang kita tahu, beberapa kawasan di utara Malaysia seperti Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang dilanda bencana tersebut.

Banyak kerosakan harta benda terjadi akibat fenomena berkenaan, yang paling membuat orang ramai risau ialah keselamatan nyawa penduduk setempat. Kejadian berkenaan telah meninggalkan kesan mendalam terhadap 8 sekeluarga apabila kenderaan yang dinaiki mereka dihempap pokok di Jalan Sungai Baru Tengah, Alor Setar Kedah.

Mala Mala Serve 1
HYPE
Keunikan Rasa ‘Pedas Kebas’ Yang Sedap Di Mala Mala
Baca lagi →

Ribut di Langkawi

Langkawi dibadai ribut.Semoga tiada kemalangan jiwa.Video dari :Sebaran Whatsapp

Posted by Jalan-Jalan Cari Makan Di Kedah – Rasmi on Friday, 9 August 2019

Kejadian tersebut telah mengakibatkan seorang lelaki, seorang wanita, 3 remaja dan 3 kanak-kanak dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut. Dalam kejadian yang sama juga, seorang warga asing warga Maghribi yang berada di sekitar tempat kejadian turut dikejarkan ke hospital.

Anda Mungkin Suka