Rumah ini kelihatan seperti rumah teres biasa dari luar tetapi anda akan menghargai segala-galanya di dalam! Minimalis yang terbaik!

Dengan pintu gerbang yang besar di fasad, ia mewujudkan semi enclosure space yang mempunyai pelbagai fungsi. Daripada hanya menambah tekstur ke fasad, ia juga menyediakan privasi. Rak kasut juga disembunyikan dengan jayanya!

huawei-y9-prime-featured-1
HYPE
Dapatkan HUAWEI Y9 Prime 2019 Dengan Mudah Dan Percuma
Baca lagi →

photo_2018-12-30_13-13-31

photo_2018-12-30_13-14-06

Semua kawasan disambungkan tanpa sebarang pembahagian. Perabot moden dan minimalis digunakan dan ditambah dengan warna tambahan untuk membuat kontras. Para panjang di dinding menjadi salah satu elemen penting di ruang tamu yang berfungsi sebagai rak tv dan tempat duduk di ruang makan.

Kayu pepejal dengan nada lembut dipilih sebagai bahan utama untuk tempat makan dan kabinet dapur. The happiness tree atau Garcinia subelliptica menjadi tumpuan di kawasan itu untuk memecah suasana yang membosankan sambil meningkatkan nilai estetika. Kemas dan teratur!

photo_2018-12-30_13-14-09

photo_2018-12-30_13-13-57

Sebahagian daripada siling dikeluarkan dan diganti dengan bahan lut sinar untuk membolehkan pencahayaan semulajadi sambil memastikan pokok tumbuh dengan baik. Warna putih menjadikan ruang lebih luas dan tinggi. Kemasan tangga sangat minimal, mungkin tidak praktikal jika ada anak kecil di rumah.

Ini akan menjadi tempat kesukaan untuk suri rumah. Sebuah pulau dengan marmar putih, ia sangat bersesuaian dengan kabinet berkayu. Malah, bilik dobi adalah idea genius dimana tersembunyi di belakang panel hitam. Cahaya yang masuk melalui tingkap belakang memberikan peluang untuk baju dijemur dan kering di dalam rumah.

photo_2018-12-30_13-13-52

photo_2018-12-30_13-13-49

The window treatment berfungsi dengan baik pada waktu siang dan malam. Terdapat sebuah bilik tidur yang berhubung dengan kawasan itu dan tingkap besar cukup sempurna untuk mencerahkan kawasan tersebut. Tumbuhan hijau menyerikan ruang sekaligus melembutkan pemandangan yang keras.

photo_2018-12-30_13-13-43

Ini merupakan kawasan bumbung dan pastinya anda akan dapat bergembira bersama keluarga untuk menikmati makan malam atau mengadakan bbq mahupun parti sambil dihidangkan dengan pemandangan yang cantik. Malah, boleh dijadikan tempat untuk anda membawang.

photo_2018-12-30_13-13-37

Ini pula keadaan rumah pada waktu walam. Sangat sesuai untuk mereka yang menyukai konsep minimalis. Lihat pemandangan dari lorong belakang. Grill menegak hanya masuk akal untuk tujuan berfungsi  dan estetik. Mudah dan praktikal. Boleh buat show malam-malam.

photo_2018-12-30_13-13-34

Selain itu, walk in wardrobe dan ruang kerja tersembunyi di belakang tirai. Mudah tetapi bagus! Bahagian tingkat atas tidak mempunyai perabut tambahan.

photo_2018-12-30_13-13-16

Pelan lantai dan pandangan seksyen untuk rujukan anda. Lokasi terletak di Petaling Jaya, Malaysia dan direka oleh Fabian Tan Architect. Kawasan yang dibina adalah 1,275 kaki persegi, tanah plot iaitu 23 ‘× 75’.

photo_2018-12-30_13-13-20

Sumber: Ceavs C

photo_2018-12-30_13-13-23

Sumber: Ceavs C

photo_2018-12-30_13-13-27

Sumber: Ceavs C

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Artikel di atas disumbangkan oleh Falihin Jasmi. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka